Tuesday, June 16, 2015

How Often You Visit Your Parents

assalamualaikum,

its been a while, oh no, its a longgg while.:P

last update seem forever kot. haha.

ok. tajuk atas tu.. dasyat tak? kihkih..

ok. Aku suka travel. dan aku boleh dikatakan berpeluang dan bernasib baik dapat travel.
dan aku selalu lah jengah2 blog-blog traveller ni.
instagram traveller dan banyak lagi.
aku beli buku-buku pasal tempat dan travel log, sebab entah. suka.
nak tahu. dan selami. dan merasa.
suasana tempat orang.
at least masih di atas bumi. Allah cipta.

No 1.
then, i came across 1 instagram ni.
dan aku sebenarnya rasa seronok mula-mula.
follow dia.
sebab keje dia berjalan sepanjang masa.
dan dia ada impian, nak laksanakan impian dia tu, untuk keliling 196 negara dalam dunia ni.
dan setiap kali dia update, dia di tempat orang.
di bumi asing dari Malaysia.


ok., berbalik pada tajuk.
Aku singgah hospital one day.
dan aku jumpa sorang mamat ni.
biasalah orang melaka.
"hawau kau nora, dah la lame tak datang. duduk sini kite berbual kejap."
masa tu hari Khamis.

NO 2
soalan pertama dia " balik kampung tak ni nora, sabtu?"
aku jawab " minggu ni mungkin tak balik."
soalan dia " kenapa kau tak balik? bagi abu sebab kenape ko boleh jawab tak balik?"
aku jawab " sebab minggu lepas dah balik. sekarang dah selang2 sket."
soalan dia " sebab?"
jawab aku " dulu, masa arwah mak meninggal, ayah tinggal sorang, takla sorang, tapi ada abang, lelaki kan jaga, tak sedap hati, jengok tiap2 minggu balik. dulu masa ada arwah mak pon, keje JB pon tiap2 minggu balik. takde boyfrens. heheh. skang ayah dah kahwin baru, Alhamdulillah, dah ade orang jaga, mak muda. so risau tu tak la risau sngat."

dia jawab "
nora, kene balik! last balik minggu lepas kan?cube kira brape hari dari minggu lepas, last jumpa ayah sampai minggu nak balik nanti?"
aku kira. masuk hari ini, campur minggu depan nak balik tu, lebih 10 hari.
dia jawab " ok, lebih 10 hari kan? kalau apa-apa jadi dekat ayah, sebab ayah dah tua, ko tak rasa ralat ke dah 10 hari tak jumpa?
sebab Abu cakap ni, sebab kau dekat dengan kampong, kalau umah ko jauh, abu paham. Abu hari2 balik, sebab umah dekat dengan kampong, setakat 1 2 jam apalah sangat"

aku tanya " minyak?"
abu jawab " duit boleh carik nora. mak bapak mane nak carik?"

huhuhu.. kene penampar!
aku baru tak balik 1 minggu, dah kene lecture. betul jugak. umah dekat kot. sampai hong kong pon kau boleh pegi, spend rm2000 sorang2. takkan jengok ayah seminggu sekali minyak rm100 sekali balik, pegi balik, tiap2 minggu takkan tak larat kot?apalah sangat kan RM100 dibandingkan kau makan Tony Romas tiap2 minggu mau RM150 hengget.

ok Balik ke No 1.
di sebabkan kisah no 2, aku terpanggil untuk mengira semula kejadian no 1.




 kau berjalan lah, 196 negara pon,
kalau mak bapak ko masih ada,
nampak nye setahun sekali je la kau jengok kan?
sebab sibuk nak memenuhi impian kau yang tak seberapa tu.
huhuhu.

aku terfikir,
tak balik jengok mak bapak ke?
tak teringin ke nak bawak mak bapak plak pegi berjalan.
kok ye pun tak mampu nak bawak semua. tapi kurang2 ada la jugak 2 3 tempat dah target nak pegi.

eh macam2 aku pk. haha
ade orang lain-lain.
ade orang kemampuan pon lain2.

tapi....
cubakan diri, tekadkan diri.
untuk kumpul duit supaya boleh balik kampung, at least sebulan sekali.
lagi2 kalau mak bapak dah tua2 kan.
sebab sekali kau hilang, takleh dapat balik dah.

hurm.
buat aku terfikir juga,
ada sorang kawan ni, pernah cerita dekat aku.
disebab kan umah parents dengan umah dia sejengkal je.
die jarang singgah. kalau singgah sekejap je.
jengok2, tengahari gitu dah balik umah semula.

macam2 ragam kan?

saje share sebab aku rasa apa yang Abu cakap dalam No 2 adalah betul, dan aku tak heran sangat yang NO 1 tu.