Friday, October 9, 2015

Nasuh- Si Kurus Yang Haram


pada zaman nabi dulu ada seorang pemuda bernama Nasuh.
Nasuh ini sangat lah hensem, dibayangkan jika zaman sekarang orang panggil jambu. lawa sangat, cun sangat, kulit cantik.

Nasuh ni tidak bekerja, tiada wang. Dia asik terfikir, apa la nak buat nak dapatkan duit. Jadi dia terfikir dengan muka dia yang lawa, dan dia pandai menjaga diri, jadi dia pun buat kerja menghias perempuan. senang cerita jadi mak andam. tapi zaman tu, mak andam mestilah perempuan.

jadinya dia pon menyamar jadi perempuan. Dia pakai pakaian perempuan, bertudung, dan mula ambil upah solek perempuan. Disebabkan Nasuh pandai sangat menyolek, kemahiran dia tu sampailah kepengetahuan istana.

Jadi, Raja panggil Nasuh untuk menyolekkan permaisuri pada zaman itu. Raja akan arahkan bila permaisuri akan disolek, Semua pintu mesti ditutup supaya tiada lelaki akan melihat. Walhal, Nasuh itulah lelaki.

Nak dijadikan cerita, 1 hari, sebutir berlian telah hilang. lalu raja mengarahkan kesemua pintu dan laluan masuk istana ditutup. Berlian mesti dicari. dan semua pekerja diarahkan berkumpul. Bayangkan lah berlian kebesar mana? sekecil2 berlian, lalu pengawal mengarahkan, kesemua pekerja mesti membuka baju. Mereka lalu asingkan perempuan dengan lelaki.

Nasuh pon dimasukkan di dalam bilik persalinan perempuan. Datang dayang lalu berkata" baiklah semua, buka baju dahulu, sekejap lagi aku datang memeriksa seorang demi seorang" Nasuh pun sangatlah cuak, dan takut sangat. Lalu dia berdoa kepada Allah,

"Ya Allah, sekiranya kau selamatkan aku hari ini, aku janji, aku akan bertaubat dan kembali taat kepadamu" lalu, nak dijadikan cerita, pengawal datang lalu menjerit " Berlian dah dijumpai. Pencuri dah ditangkap!" maka selamatlah Nasuh dari terbongkar rahsia bahawa dirinya adalah lelaki.

Maka sedarlah dia, Allah telah selamatkan dia. Jadi semenjak hari itu, Nasuh bertaubat sebenar benar taubat. Lalu, semenjak hari itu, dia makan dengan sedikit-dikit sukatan, untuk hanya meneruskan hidup, sehingga lah dia menjadi kurus-kering, tinggal tulang temulang. Dia juga bekerja mengangkat barang-barang.

sehingga para sahabat bertanyakan beliau" wahai Nasuh, kenapa engkau semakin hari semakin kurus? sehingga tinggal tulang"

nasuh menjawab" aku merasakan daging-daging yang tumbuh dalam badan aku ini, adalah dari hasil yang haram, dan aku tak dapat membayangkan berjumpa Tuhan nanti dengan benda yang haram tumbuh dalam badanku ini"

Itulah dia taubat Nasuh. dipanggil taubat Nasuha kini, iaitu taubat sebenar-benar taubat.

heheh. aku dengar tazkirah ni masa aku on da way nak bali kerja dari KL ke melaka. Saje share ini, untuk kita ambil iktibar.