Thursday, December 10, 2015

Azam 2015 kau, dah tercapai ke belum weii???

lagi 21 hari lagi nak 2016.

GILO!

apo copek bona maso ni? ese baghu nak sonang lenang, angan2 esok luso dah tuo dah, tak yo kawen2 laie. haha

so, apa yang beriya nau yang kau orang azamkan awal tahun dulu? dah tercapai tak woi? haha.
jom tengok balik apa yang resolution 2015 aku mula2 buat blog ni.

coretan azam 2015 tu boleh la kalau korang nak terjah kat sini ---> KLIK SINI


So sini aku nak menjawab balik dengan diri aku, apa yang aku dah buat / rosakkan 2015 aku ni.. ini adalah senarai azam 2015 aku yang dulu.

1. get better things than what i have in 2014 for my 2015. i mean, maybe house, a new car, a new phones, hahah. well, who knows? someone might send me an Iphone 6 for a gift. lol.
jawapan: 
a. handphone: aku dah beli handphone baru, bukan 1 tapi 2. 1 untuk ayah aku, satu untuk aku. ok la. bukan iphone, tapi samsung J5 je. 
b. Rumah: haha! malu nak cakap!! aku belum dapat beli rumah lagi. hurmm. ade cerita. tapi malu nak tulis. kihkih. nanti la, insyaAllah kalau ada rezeki, proses nye lulus, entah ujung tahun ni, atau awal tahun depan kot, ade la rumah aku sebijik. tp kalau takde rezeki, proses nye pon x lulus, nampak nye, aku kene pospone lagi tahun depan.
c. Kereta: antara rumah dan kereta, aku nye impian cuma salah 1, yang mana datang dulu. memandangkan rumah datang dulu, so, kereta aku pospone la. 

advance: 
Tapi dalam pada tu, aku dah pon ikat kontrak dengan Swiss Garden untuk sewa/beli Bilik Hotel Swiss Garden Group dalam tempoh 30tahun. Alhamdulillah. so tu yang aku sibuk dok promote2 swiss garden tu. Jadinya korang-korang yang nak pergi bercuti ke 
Kuantan,
Cameron Highland
Lumut, Perak (dekat dengan pulau pangkor)
Kuala Lumpur
Melaka

atau mana-mana destinasi luar dan dalam negara, boleh la contact aku. aku check kan samada ada hotel atau x kat area2 situ yang boleh guna card aku, aku bagi special rate.



2. my target is to get/buy one new cloth, office outfit for sure, atleast once a month. just one. that's enough for me.
Jawapan: Alhamdulillah ok la yang ni aku mmg byk pon dpt beli baju. haha. tapi bukan sebulan sekali la. sebab? sebab jawapan ada kat no 7.

3. grand me a Chanel shoes (fuh,fuh.aminnn...)
Jawapan: Tak ada Chanel Shoes tahun ni:( so sad. heheh. aku dah tempah aritu, turn out personal shopper kate saiz aku dah tak ada. so, takde la. tapi takpe la. bukan keperluan pon, kehendak je ni.

4. going to spa. nak kulit cantik! nak kulit cantik!
Jawapan: Aku ambil package 1 whole year ke Spa, tapi idok le cantik kulit aku. hahah. Package tu dah pon tamat 2 minggu lepas. takpe, lepas ni aku nak makan Kawaii la plak. hahah

5. jogging. At least i have a record for 2015 guys! 2014 2kali je jogging kottt.
Jawapan: HARAMMMM.... takde maknenye aku jogging. aku masih gemok. sekian.


6. lose weight. YES! lose weight! in 3 month time.
Jawapan: Aku susut 3 kilo je. lepas tu aku dah tak control dah. masuk gemok dah aku. 

7. starting my own brand. tengok la, ape2 je. at least started a small business than none kan?
Jawapan: Alhamdulillah, aku start 1April2015 dengan jenama baju aku sendiri, Lima Coll5ction. Korang support la aku. Aku promote Lima Coll5ction dekat instagram bawah nama yang sama. LIKE tau! walaupun belum balik modal, tapi aku akan usaha lagi.

8. Travel.. yeahhh... travel! i already have 4 places in my list to visit this year. but somehow, i wish i can go to somewhere unsung places. hurmm... like Brisbane maybe? hehe
Jawapan: aku pun sebenarnya tak ingat apa 4 tempat yang aku nak pegi tu.. hahah. tapi 2015, aku hanya pergi 2 tempat sahaja, Jogjakarta-Sulu, dan Jakarta-Bandung, Indonesia. 
untuk pekan2 kecil yang aku target nak jelajah pada tahun 2015, aku hanya sempat pergi Kampar,Perak, Pekan,pahang dan Lumut, Perak. 

9. Jaga Solat. auchhh.. sepatutnya list ni no 1 kan? lol. ye! jaga solat.... 5 waktu tau! kdg2 terlajak laris uols. lagi2 subuh dengan isyak. :(
Jawapan: aku masih lagi rasa terhina, sebab kadang2 aku banyak jugak termiss subuh. teruk kan? 


10. at least have 10k in my bank account at the end of 2015. insyaAllah (ikat perot....)
Jawapan: Aku ni pemboros, aku tak boleh ada duit dalam tangan, dan dalam bank. Jadi aku ambil inisiatif untuk selerakkan duit aku ke 3 akaun pelaburan.
1. Unit Trust
2. Etiqa Maybank simpanan 5 tahun beku.
3. Prudential Insurans
4. Akaun bapak aku. :P

jadi Alhamdulillah jumlah semua untuk tahun ini, Kalau ikutkan dah cecah, tp kalau kira betul2, rasanya Hampir ke 10k, tapi 10K yang tidak boleh dikeluarkan tau! aku buat simpanan tua je ni.

11. and last but not least, settle my hutang at least for my credit card and my personal (hutang kat kawan2) by the end of May. insyaAllah.
Jawapan: Aku minta maaf, belum lagi settlekan hutang. Ada 1 kawan baik aku, lagi sket je lagi, dan card credit aku makin bertambah ade la. kihkihkih. alahai, Harap2 awal tahun depan abis la hutang aku ni. 

so, Pikir-Pikir, apa yang nak dicapai yerk 2016 nanti?