Monday, April 4, 2016

From Bangkok To Khao Yai Dengan Betul! :)

Alhamdulillah, diberi peluang untuk ke Bangkok pada akhir Mac 2016.
beli tiket seminggu, buat itinerary sehari sebelum fly.
:')

terpanggil dengan artikel Utara Bangkok oleh sipolan yang menulis.
kemain cantik tempatnya, jauh perkhabarannya.

siapa pernah baca article tu di Facebook? nasihat saya, plssss...
jangan ikut route yang diberi oleh article tu.
heheh

here is the link yang aku kata salah tu..sobsob : http://www.thevocket.com/kami-sangkakan-ini-venice-dan-new-zealand-rupa-rupanya-di-thailand/

Kesalahan 1: Dalam artikel ni dia tulis nak ke Khao Yai menaiki train. Turun di Nakhon Ratchasima, 5 jam perjalanan.

Jawapan: Salah! Tak perlu naik train sampai 5 jam ke Nakhon ratchasima. Hanya naik Bas 2 jam perjalanan ke Pak Chong. (pak chong sebelum Nakhon Ratchasima)

Kesalahan 2: Khao Yai hanya 25km dari Nakhon Ratchasima
Jawapan: Salah! Khao Yai 250 KM dari Nakhon Ratchasima

Kesalahan 3: Naik Bas / Teksi ke Khao Yai
Jawapan: Salah! Tiada bas / teksi ke Khao Yai, Bas hanya akan berhenti di Stesen Pak Chong dan mengambil masa selama 1jam 30 minit. Dari Pak Chong, perlu naik Mini bas / tuk tuk ke Khao Yai yang jauhnya boleh tahan.

Perlu diingatkan, Semua pengangkutan Awam ke Khao Yai( Teksi/ tuktuk/ mini Bas) berakhir pada pukul 3.00 petang (waktu Thailand)

so macamana nak survive kalau perjalanan sampai 5 jam dari Bangkok?


ok. ikut saya., Pekan Khao Yai ni memang cantik. dan betul, mungkin ada penjajahan Italy/ Belanda/ Inggeris dulu sebab semua bangunan dia memang macam Vanice/ English concept building sepanjang jalan.

Terlalu banyak cafe hipster yang cantik2, dan banyak sangat penginapan/ hotel murah yang cantik2 sepanjang jalan.

Dari Stesen Bas bangkok pergi ke - Pak Chong (120baht- RM12)
Dari Pak Chong ke Khao yai (sila2 ambil teksi/ tuktuk/ sewa kereta untuk 1 hari, kerana di Khao yai tiada tuktuk untuk bawa korang jalan2)
Kalau boleh, Upah Pemandu Tuktuk  di Pak Chong untuk bawa korang pusing2 ke Khao Yai. kalau dia mintak 600 baht( rm60) kira dah murah dah tu, percayalah, Khao Yai ni jauh ok!!!


tiba di Khaoyai penghujung dunia aku boleh katakan, sebab akhirnya korang akan sampai di Khao Yai National Park (tiada kenderaan nak masuk ke dalam National Park yang keluasannya beribu2 kaki)

di luar National Park, ada sewa motor (siapa2 yang pandai bawak motor), dari entrance National Park nak ke Entrance Visitor adalah 30meter (hewhewhew). Korang akan jumpa campsite base dulu, sblm jumpa entrance.

National Park tutup pukul 6pm. Aku nasihatkan bermalam lah di Khao Yai 1 hari, kalau nak lawat Chocolate factory, Primo Piazza, Ladang Lembu New Zealand tu dan jalan2 di sekitar Khao yai.

Sewa kereta lagi bagus kot dan Pasang Waze. hehehe. percayalah, Khao Yai cantik tapi jauh!! kalau korang ikut artikel tu, confirm masa korang abis dalam perjalanan je. hehe.

Aku abiskan 1 hari suntuk sebab ikut artikel tu, yang sure salah ok!! so, kalau korang taknak abiskan masa nak melawat tempat di Khao Yai (semua tempat almost 6pm dah tutup), ikutlah route yang aku bagi tu. huhu

ok. bye! nanti sambung lagi trip aku ke Bangkok, 2016.

primo Piazza Khao Yai (gambar cilok blog tu)

Hampir semua kawasan Khao Yai especially Hotel bentuk macam ni. lawa ok!
owh lagi 1, Khao Yai byk buah fresh!! pastikan beli ok! manis sangat2!