Wednesday, October 5, 2016

BILA RASA ITU MULA DATANG, AKU MULA TULIS SURAT UNTUK TUHAN

SURAT UNTUK TUHAN

dalam keadaan paksa diri untuk positif,
dalam keadaan aku paksa diri aku untuk senyum selalu,
dalam aku paksa diri aku untuk share benda2 yang baik2 sahaja, happy2 sahaja.

aku kadang2 tengah berperang dengan perasaan aku sendiri.
perasaan sunyi, perasan curiga, semualah!

bila mula mempersoalkan apa yang Allah dan tentukan untuk aku,
dimasa akan datang,
aku mula lah menhitung hari.

Allah, dah tua dah aku tahun depan.
30 tahun weh. 30 tahun.

aku ingat lagi,
31hb mei 2011,
birthday aku yang ke 25 tahun.

mak aku telefon,
dan cakap " bila lagi? dah besar dah. dah berumur"

sedih kot.
sebab tahun depan aku 30 tahun,
mak dah takde pon. dah pergi hadap Illahi.
hajat dia tu je aku x dapat makbulkan.

aku belum berjodoh.

Mak,
insyaAllah, 1 hari nanti,
kalau Allah izinkan.
Mira kahwin ye mak...

penat weh kadang2,
bercinta, beriya kot.
suka dekat orang.
sebab aku kalau suka dekat orang, aku suka sungguh2,
jeles sungguh2, sayang sungguh2,
dia aku punye.
haha.

tapi tu lah,
kadang2 asik keciwa ke,
belum jumpa yang betul2 setia, yang betul2 sudi nak ambik aku jadi isteri. hehe

takpe la,
sabar ye,
bukan kau orang je yang nak tengok aku naik pelamin,
aku pon tak sabar nak tengok.

siapa pun suami aku nanti,
sumpah aku akan sayang gile2.

nak ucap terima kasih hari2,
sebab sudi sunting aku jadi isteri.
masa tu doa mak aku termakbulkan. Allah, indah kan?

terima kasih,
kalau kekal jadikan aku seorang je teman hati, sampai mati.
kalau:P
mana tau kot2 dia nak pasang 2 3 ke,
memang aku lipat2.
hahahah.
belum apa2 dah cuak kan??

hei awak,
siapa pun awak,
walaupon awak datang lewat sangat dalam hidup saya,

terima kasih kerana sudi datang dan teman,
awak dan buktikan bahawa doa saya, doa mak, dan doa semua diterima Allah.

haish, indah kan?
Allah lebih mengetahui.

p/s: sebenarnya taip ni sambil menangis, hahahah. sebab sedih sangat. (aku tak suka kena tipu, kene duakan, kene 3 kan, atau jadi pilihan kedua., sebab aku tak pernah buat macam tu, janganlah buat balik dekat aku, plssss...