Monday, April 3, 2017

Impromtu HatYai Trip By Train

Asalamualaikum,

first, my friends asked me to write about my recent trip to Hatyai.
second; i cant sleep tonight. so i decided to write something in between my office task:P
third: this is the latest entry about travel (which i hutang lagi cerita trip to SriLanka, Vietnam, Bangkok and so on) haha

Hatyai 4 hari 3 Malam

Sebenarnya dah beli tiket ke Myanmar 3hb tu, tapi beli bodoh2 je without any research first, rupanya, myanmar kena pakai visa, dan semua expenses is in USD. harammmmm... mahal kot! haha.

so, cuti dah ambik. Kerja banyak gila dekat office sampai i stress. so i decided nak jugak pegi cuti. Dalam Malaysia pon tak berapa ok sebab duit banyak abis nanti, and lagi 1, tujuan travel selalunya nak tengok budaya dan tempat orang yang berbeza dengan Malaysia. Plus, nak praktis my English lagi.  hehe.

so , here it is, my 4 days 3 night trip to Hatyai.

Day 1.
Impromtu call Emmy to ask her about Hatyai 2 days before go. Immediate google it "how to go hatyai by train" sebab usha tiket flight mahal giloo.

Terus beli tiket ke Hatyai malam tu jugak, di Kl Central

tiket: RM102 (pergi sahaja)
lokasi: KL central - Padang Besar (5 jam)
           Pdg besar - Hatyai naik train Thai express ke ape. 70baht je (dalam RM7.80 je, 1 jam )

train elok lah ambik pagi, sebab Train nak ke Hatyai hanya berlepas pukul 3.40pm je waktu malaysia. 1 trip je. jadi rancang elok2.
turun2 je di stesen keretapi Hatyai dah petang, dalam train tadi dah cari dekat Agoda nama2 Hotel yang located in town. Train stesen Hatyai ni memang dekat town pon, so mana-mana hotel pon dekat je. walking distance. Agoda tu google je, tak booked pon. Kami walk in je pergi hotel berkenaan, just tanya ada blik kosong tak? hahah. truely jiwa backpackers kan? haha.

sampai2, check in (RM80 1 malam, hari pertama je, hari ke 2 sampai 4, RM50 1 malam, downgrade) bilik die besar ya Rabbi, so hari esok dengan akhir, mintak bilik kecik sket.

check in, mandi, terus siap2, ambik tuktuk, heading to Floating Market weh. Takyah nak tawar sangat la. floating market tu memang jauh dari town. so kalau dia mintak 200baht 2 orang tu, pegi balik. adoi, berbaloi sangat2.  hari pertama, abis dekat floating market je, sampai malam sebab teruja sangat weh. makan semua benda. plus, i dont have itinerary, dan im not rushing. pegi bercuti ni relax2 je. takyah nak rush sangat. enjoy the moment. feel the local. act like local. gituww.

in the train to Padang Besar 

Floating Market. Floating ni dia buka sampai 10 malam kot rasanya sebab kitorang lepak sampai dia tutup kedai. hahah. kat atas jambatan tu ada macam pasar malam bleh beli macam2.

Day 2.
Hari kedua, memang rancang untuk pergi Municipal Park, Hatyai. Tujuannya memang nak pergi tokong dia je. hahah. rupenye dengan Municipal park ni ada macam2. situ macam pusat dia, ada taman tema air, ada macam theme park, kami terus naik atas ke Hatyai Cable Car.


Naik hatyai cable car ni RM20 2ways. atau 200baht (RM24 kot mcm tu sebab duit Thai dah mahal skang) so, dekat Cable car ni ada macam2 tau, seberang sana tu ada tokong Budha dia besar gile.

Ini yang paling Besar. aku pon dah lupa nama dia apa. haha. tp ramai la yang datang sini. Tempat ni tinggi, so kau boleh nampak seluruh Hatyai dan Songkhla dari atas ni. view cantik, angin lagi. Tapi Hatyai panas oiii. memang panas. so standby bawak shade ok! 

Disebabkan trip ni santai2, so memang aku relax je atas ni. x rushing pon. jalan2, dekat bawah tu banyak lagi tau tokong2 dia. aku pegi semua. hahah. ok je. no offense. Kita hormat budaya dia, dia hormat budaya kita. macam tu. So nasihatnya jangan lah naik cable car untuk balik. Mintak je tuk tuk pergi seberang sana tunggu dekat tokong, sebab dekat jalan bawah2 ni ada banyak lagi tokong yang korang boleh visit. kalau naik cable car patah balik, korang xkan jumpa dah tokong2 kepala singa semua tu. 

Malamnya, diseluruh pekan Hatyai tu, setiap lorong akan ada macam pasar malam, every single night. so, korang merayau je la malam2 dekat situ. Kadang2 siap ada pertandinagn ratu cantik bagai. So, pasar malam dia dari baju, barang2 sex toys :P dengan makanan, buah semua ada. 

Makanan Halal pon banyak sangat, cuma tak sedap. hahah. sebab aku dah penah pergi Bangkok dan rasa tomyam dekat Bangkok sangatlah sedap ok!

hari ke 3.

ssebenarnya, ingatkan nak ke Krabi, tapi malangnya waktu tak kena. sebab bas ke krabi, akan ada pada pagi pukul 9am dan 3.00pm mcm tu, perjalanan 5 jam ke jeti sahaja. dari jeti hanya ada 1 trip sahaja ke pulau2 krabi, pukul 1pm. so mmg tak kena masa. kami pon batalkan je niat nak ke krabi. Nak ke Koh Lipe pon sama. confirm korang kene bermalam dekat sana, sebab memang boat ada 1 perjalanan waktu sahaja. kitorang ingat nak pegi balik hari je. lagipon, esoknya nak gerak balik dah pagi, sebab aku ada meeting terus ke JB malam tu. haha.

So hari ke 3 aku, aku decide terus ke Songkhla. Pekan songkhla ni sangatlah jauh dari Hatyai. so kalau tuktuk bagi 500baht siap pergi balik, tunggu kau mandi manda shopping bagai tu, SANGAT2 LAH BERBALOi ok!!

dalam tuk tuk. 

Inilah Songkhla Beach. Pantai dia sebenarnya tidak bleh mandi pon. hehe. cuma nak santai2 boleh la. pantai dia masuk2 je dalam dalam sangat2 dan landai. lepas tu terlalu banyak cengkerang. 



Ha, gambar mermaid dekat atas tu adalah sebab tarikan di Songkhla. Dulunya dikatakan dekat Songkhla beach ni adalah seekor ikan duyung ni, lepak2, sambil sikat rambut. tetibe didampingi oleh seorang nelayan lelaki. dia terkejut dan terus masuk ke laut. Nelayan tu terpegun sebab cantik sangat mermaid ni, dan dia tunggu setiap hari untuk mermaid ni datang balik. lagipon sikat dia tertinggal. hehe. tapi mermaid ni x muncul2. jadinya cerita lagenda ni membuatkan seorang artis ni buatkan patung mermaid ni kat tepi pantai tu dengan kos RM6000. mcm tu. Nak dijadikan lagenda jugak, kalau datang kene sentuh la Breast mermaid ni dikatakan boleh membawa tuah atau somehow kita akan kembali semula ke Songkhla. gitewww!

Dan malam nya macam biasa, setiap malam kitorang merayau dekat pekan Hatyai yang penuh dengan pasar malam.

Nak dijadikan cerita, aku ni nak sangat pegi Tokong Buddha tidor dia tu., tapi masa hari kedua tu, tambah tuk tuk mahal plak nak pegi sana. rupanya, nak dikatakan rezeki kami (rezeki erk nak pegi tokong? hahaha) Tuk tuk yang on da way ke Songkhla berhenti dekat tokong Buddha tidor tu.

jadi, melonjak lah kegembiraan di hati kami (ayat. hahah) terus turun tuk tuk nak bergambar!


Wat Hat Yai Nai nama dia. dikatakan buddha dia ni tengah sakit menunggu waktu ke syurga. sebab tu terbaring. giteww! 



Hari Ke 4

 jadi berakhirlah perjalanan aku ke Hatyai, sebenarnya banyak sangat gambar. dan cerita. tapi kalau dah cerita semua, abis nanti korang nak rasa ape? tak adventure lah kan?? so, pergi lah sendiri! haha



Bye! nak balik dah. seronok weh!

tips aku, setiap kali aku pergi backpack,

1. aku bukan jenis usha tiket murah dkt airasia. bukan backpack tegar lah kiranya! haha. so main redah je. kalau aku rasa ada duit aku akan pergi.

2. Aku hanya akan google " 10 things to do in Hatyai" atau apa sahaja nama tempat yang aku nak pegi, just to get the idea.

3. aku just buat itinerary nama tempat ape aku nak pegi, dan transport ke sana, serta tiket masuk kalau ada supaya duit aku cukup dan tak over budget.

lain2? weh, redah je!! after all, it will be a good experiences. plus, all the local out there is really kind to help!!

yang penting, Allah kan ada?!


No comments:

Post a Comment