Monday, February 16, 2015

Resipi Sambal Hitam Pahang Sedap! #sambalhitampahang

Salam,

nampak tu tajuk?! gila traffic sangat kan? haha.

ok. seperti yang dijanjikan, saya nak share my first attempt buat sambal hitam pahang ni atau sambal hitam belimbing buloh. ok, kite citer sejarah dulu nokk. camne saya tahu kewujudan sambal ni kan.

as far as i can remember, during my first year in Uni, I ni dulu aktif la jugak join aktiviti Uni, so first year masa i 19years old, kami buat satu aktiviti camping ke kampung memang jauh dipendalaman raub pahang. memang dalam ok sebab bas kene berhenti setengah jalan ke, sebab jalan sempit sangat2, jadinya baik sangat orang kampung di Raub Pahang ni angkut kami ni bergilir-gilir (ko bayangkan 1 bas ok!) naik motor masukk ke hujung kampung tapak perkhemahan. Untuk? tujuan asalnya team building dan pertama kali aku dapat tengok bunga Raflesia di situ lah! sungai dia nauzubillah, macam ais yang mengalir. sejuk geletor kate ko! So, orang kampung baikkkk sangat masakkan kami masakan kampung, ada 1 sambal ni warna hitam. pelik la mak nengok nye nakk. rasanya, MasyaAllah, sedapppp gilossss! haaa. sambal hitam ni memang hitam teramat macam kepekatan malam gitu. hahah.

so, maafkan mak nak, kalau uols claim yang sambal hitam pahang bukan lah sebegitu hitamnya, cekelat2 sket warnanya, tapi mak bagitau ko, first time makan, memang le hitam bontot kuali tau! jadinya, ikut selera, dan style memasing la ye dakk?

ok, bahan2 nye nak, untuk permulaan new beginner macam mak. follow resepi mak ni nak, confirm jadi. mak bagi tips lagi ni.

bahan-bahan. (seciput je ko dapat, tp untuk makan sorang boleh la 2 3 hari)
1. Belimbing buluh (idok le mak kire, tapi lebih kurang 15 ke 20 biji)
2. Ikan bilis segengam
3. Bawang besar 1 biji
4. Kicap 2 sudu (jika perlu)
5. garam secukup rasa dan perisa kalau hendak bubuh.
6. cili api segenggam ikut kepedasan tekak mu.

ok. Cara-cara

1. mula-mula, ambil belimbing buloh, buang bontot dengan pangkal die tu, basuh, dan toskan. ketuk sket kalau nak (orang negeri sembilan panggil titik).



2. Rebus belimbing tadi TANPA AIR. haaaa. ni la rahsia dia. rebus tanpa air. jangan kau memandai nak bubuh air ye! so, belimbing ni akan keluarkan sket jus die, masak, balik2 kan sampai die hangit., kering, dan hitam. api kecik ye! jangan kau bukak pulak besar2 konon nak cepat, memang hampas je la kau dapat nanti! take it slowly, cook it lovely! gicuuu.



ok, ade orang kate, hitam tu susah nak tanggal, so ko pakai lah periuk yang taknak pakai dah, ade tu i google siap rebus dalam tin susu anak. hahaha. ok, TIPS saya ialah, gunalah KUALI atau PERIUK MAHAL UOLS yang mahal sket dari kedai ah TOng. macam i, i guna Tefal. kalau guna Tefal, atau periuk lebih kurang same quality, hitam belimbing tu tak lekat lansong dekat kuali dan senang tanggal. seriously!!!

2. sambil tu, bwang, ikan bilis dan cili api tadi korang blender. nak pure lagi, tumbuh. tapi mak malas. so mak blender je, jangan hancur sgt. blend manje2 je.



3. so, tumiskan bahan 2 tadi, yang dah blender sampai naik bau la, then masukkan belimbing tadi (yang kering hangit tu), so, kacau2, masuk garam, masuk aji, sampai dia kering, betul2 kering! so, kalau nak hitam sket lagi ade orang bubuh kicap. so i pun bubuh dalam 2sudu, bila die betul2 kering, memang gelap gelita lah jadinya.





so, proses dia memang agak lama, bertabahlah! tapi hasil dia, SODAP! lagi2 boleh simpan lama, uols buat simpan, hangatkan bila perlu, nanti masa RAMADHAN memang sedap makan masa sahur.


tipikal orang-orang kita kalau pos benda masakan sendiri, mesti nak tulis2 sket " husband i puji sedap sangat boleh beniaga katanya!" haha. so, i ni belum la berhusband lagi, tpi kalau bakal2 mak tu rasa, mau esok juga dia datang meminang.. nampak, nampak! tinggi kan bakul i angkat! haha
ok selamat mencuba! mak dah siap ade yang order. hehehehhee..