Thursday, December 10, 2015

Azam 2015 kau, dah tercapai ke belum weii???

lagi 21 hari lagi nak 2016.

GILO!

apo copek bona maso ni? ese baghu nak sonang lenang, angan2 esok luso dah tuo dah, tak yo kawen2 laie. haha

so, apa yang beriya nau yang kau orang azamkan awal tahun dulu? dah tercapai tak woi? haha.
jom tengok balik apa yang resolution 2015 aku mula2 buat blog ni.

coretan azam 2015 tu boleh la kalau korang nak terjah kat sini ---> KLIK SINI


So sini aku nak menjawab balik dengan diri aku, apa yang aku dah buat / rosakkan 2015 aku ni.. ini adalah senarai azam 2015 aku yang dulu.

1. get better things than what i have in 2014 for my 2015. i mean, maybe house, a new car, a new phones, hahah. well, who knows? someone might send me an Iphone 6 for a gift. lol.
jawapan: 
a. handphone: aku dah beli handphone baru, bukan 1 tapi 2. 1 untuk ayah aku, satu untuk aku. ok la. bukan iphone, tapi samsung J5 je. 
b. Rumah: haha! malu nak cakap!! aku belum dapat beli rumah lagi. hurmm. ade cerita. tapi malu nak tulis. kihkih. nanti la, insyaAllah kalau ada rezeki, proses nye lulus, entah ujung tahun ni, atau awal tahun depan kot, ade la rumah aku sebijik. tp kalau takde rezeki, proses nye pon x lulus, nampak nye, aku kene pospone lagi tahun depan.
c. Kereta: antara rumah dan kereta, aku nye impian cuma salah 1, yang mana datang dulu. memandangkan rumah datang dulu, so, kereta aku pospone la. 

advance: 
Tapi dalam pada tu, aku dah pon ikat kontrak dengan Swiss Garden untuk sewa/beli Bilik Hotel Swiss Garden Group dalam tempoh 30tahun. Alhamdulillah. so tu yang aku sibuk dok promote2 swiss garden tu. Jadinya korang-korang yang nak pergi bercuti ke 
Kuantan,
Cameron Highland
Lumut, Perak (dekat dengan pulau pangkor)
Kuala Lumpur
Melaka

atau mana-mana destinasi luar dan dalam negara, boleh la contact aku. aku check kan samada ada hotel atau x kat area2 situ yang boleh guna card aku, aku bagi special rate.



2. my target is to get/buy one new cloth, office outfit for sure, atleast once a month. just one. that's enough for me.
Jawapan: Alhamdulillah ok la yang ni aku mmg byk pon dpt beli baju. haha. tapi bukan sebulan sekali la. sebab? sebab jawapan ada kat no 7.

3. grand me a Chanel shoes (fuh,fuh.aminnn...)
Jawapan: Tak ada Chanel Shoes tahun ni:( so sad. heheh. aku dah tempah aritu, turn out personal shopper kate saiz aku dah tak ada. so, takde la. tapi takpe la. bukan keperluan pon, kehendak je ni.

4. going to spa. nak kulit cantik! nak kulit cantik!
Jawapan: Aku ambil package 1 whole year ke Spa, tapi idok le cantik kulit aku. hahah. Package tu dah pon tamat 2 minggu lepas. takpe, lepas ni aku nak makan Kawaii la plak. hahah

5. jogging. At least i have a record for 2015 guys! 2014 2kali je jogging kottt.
Jawapan: HARAMMMM.... takde maknenye aku jogging. aku masih gemok. sekian.


6. lose weight. YES! lose weight! in 3 month time.
Jawapan: Aku susut 3 kilo je. lepas tu aku dah tak control dah. masuk gemok dah aku. 

7. starting my own brand. tengok la, ape2 je. at least started a small business than none kan?
Jawapan: Alhamdulillah, aku start 1April2015 dengan jenama baju aku sendiri, Lima Coll5ction. Korang support la aku. Aku promote Lima Coll5ction dekat instagram bawah nama yang sama. LIKE tau! walaupun belum balik modal, tapi aku akan usaha lagi.

8. Travel.. yeahhh... travel! i already have 4 places in my list to visit this year. but somehow, i wish i can go to somewhere unsung places. hurmm... like Brisbane maybe? hehe
Jawapan: aku pun sebenarnya tak ingat apa 4 tempat yang aku nak pegi tu.. hahah. tapi 2015, aku hanya pergi 2 tempat sahaja, Jogjakarta-Sulu, dan Jakarta-Bandung, Indonesia. 
untuk pekan2 kecil yang aku target nak jelajah pada tahun 2015, aku hanya sempat pergi Kampar,Perak, Pekan,pahang dan Lumut, Perak. 

9. Jaga Solat. auchhh.. sepatutnya list ni no 1 kan? lol. ye! jaga solat.... 5 waktu tau! kdg2 terlajak laris uols. lagi2 subuh dengan isyak. :(
Jawapan: aku masih lagi rasa terhina, sebab kadang2 aku banyak jugak termiss subuh. teruk kan? 


10. at least have 10k in my bank account at the end of 2015. insyaAllah (ikat perot....)
Jawapan: Aku ni pemboros, aku tak boleh ada duit dalam tangan, dan dalam bank. Jadi aku ambil inisiatif untuk selerakkan duit aku ke 3 akaun pelaburan.
1. Unit Trust
2. Etiqa Maybank simpanan 5 tahun beku.
3. Prudential Insurans
4. Akaun bapak aku. :P

jadi Alhamdulillah jumlah semua untuk tahun ini, Kalau ikutkan dah cecah, tp kalau kira betul2, rasanya Hampir ke 10k, tapi 10K yang tidak boleh dikeluarkan tau! aku buat simpanan tua je ni.

11. and last but not least, settle my hutang at least for my credit card and my personal (hutang kat kawan2) by the end of May. insyaAllah.
Jawapan: Aku minta maaf, belum lagi settlekan hutang. Ada 1 kawan baik aku, lagi sket je lagi, dan card credit aku makin bertambah ade la. kihkihkih. alahai, Harap2 awal tahun depan abis la hutang aku ni. 

so, Pikir-Pikir, apa yang nak dicapai yerk 2016 nanti? 

Friday, October 9, 2015

Nasuh- Si Kurus Yang Haram


pada zaman nabi dulu ada seorang pemuda bernama Nasuh.
Nasuh ini sangat lah hensem, dibayangkan jika zaman sekarang orang panggil jambu. lawa sangat, cun sangat, kulit cantik.

Nasuh ni tidak bekerja, tiada wang. Dia asik terfikir, apa la nak buat nak dapatkan duit. Jadi dia terfikir dengan muka dia yang lawa, dan dia pandai menjaga diri, jadi dia pun buat kerja menghias perempuan. senang cerita jadi mak andam. tapi zaman tu, mak andam mestilah perempuan.

jadinya dia pon menyamar jadi perempuan. Dia pakai pakaian perempuan, bertudung, dan mula ambil upah solek perempuan. Disebabkan Nasuh pandai sangat menyolek, kemahiran dia tu sampailah kepengetahuan istana.

Jadi, Raja panggil Nasuh untuk menyolekkan permaisuri pada zaman itu. Raja akan arahkan bila permaisuri akan disolek, Semua pintu mesti ditutup supaya tiada lelaki akan melihat. Walhal, Nasuh itulah lelaki.

Nak dijadikan cerita, 1 hari, sebutir berlian telah hilang. lalu raja mengarahkan kesemua pintu dan laluan masuk istana ditutup. Berlian mesti dicari. dan semua pekerja diarahkan berkumpul. Bayangkan lah berlian kebesar mana? sekecil2 berlian, lalu pengawal mengarahkan, kesemua pekerja mesti membuka baju. Mereka lalu asingkan perempuan dengan lelaki.

Nasuh pon dimasukkan di dalam bilik persalinan perempuan. Datang dayang lalu berkata" baiklah semua, buka baju dahulu, sekejap lagi aku datang memeriksa seorang demi seorang" Nasuh pun sangatlah cuak, dan takut sangat. Lalu dia berdoa kepada Allah,

"Ya Allah, sekiranya kau selamatkan aku hari ini, aku janji, aku akan bertaubat dan kembali taat kepadamu" lalu, nak dijadikan cerita, pengawal datang lalu menjerit " Berlian dah dijumpai. Pencuri dah ditangkap!" maka selamatlah Nasuh dari terbongkar rahsia bahawa dirinya adalah lelaki.

Maka sedarlah dia, Allah telah selamatkan dia. Jadi semenjak hari itu, Nasuh bertaubat sebenar benar taubat. Lalu, semenjak hari itu, dia makan dengan sedikit-dikit sukatan, untuk hanya meneruskan hidup, sehingga lah dia menjadi kurus-kering, tinggal tulang temulang. Dia juga bekerja mengangkat barang-barang.

sehingga para sahabat bertanyakan beliau" wahai Nasuh, kenapa engkau semakin hari semakin kurus? sehingga tinggal tulang"

nasuh menjawab" aku merasakan daging-daging yang tumbuh dalam badan aku ini, adalah dari hasil yang haram, dan aku tak dapat membayangkan berjumpa Tuhan nanti dengan benda yang haram tumbuh dalam badanku ini"

Itulah dia taubat Nasuh. dipanggil taubat Nasuha kini, iaitu taubat sebenar-benar taubat.

heheh. aku dengar tazkirah ni masa aku on da way nak bali kerja dari KL ke melaka. Saje share ini, untuk kita ambil iktibar.

Sunday, July 26, 2015

Kahwin 2!

Hampir sepanjang Ramadhan kali ini aku memasak sebab..
1. Makanan kat bazar mahal, rm5 untuk minimum 1 lauk.
Dan ke 2 lauk memang tak sodap! Teringin nak makan siput sedut tapi bile beli kuah masak lemak cili api die memang hampeh! Haha. Sebabkan aku orang negeri Sembilan, so memang masakan lemak cili api ni dah menjadi makanan tekak aku, so boleh beza sedap ke tak sedap ke, atau orang yang masak tu mmg betul2 bukan orang negeri Sembilan.

So, satu hari, eh banyak hari la jugak, aku beli dekat bazar sebab kadang2 meeting sampai petang jauh2, balik2 memang takde ape dah tinggal untuk masak, so singgah kat bazar yang dah last2 masa orang nak buka tu. Kadang-kadang peniaga ni ada yang smart, ade yang tak, ade yang laju ade yang lembab.

So, satu hari tu aku beli nasi kerabu ni dan nasi ambeng ni. Aku datang first masa mula2 warung tu tak ramai orang, dan kalau nak cepat mmg warung yang tak ramai orang je la aku pegi kan,.. tapi tiba2 bila dah order tu ramai plak makcik2 datang nak beli jugak nasi kerabu dengan nasi ambeng.

Dan kakak yang terima order tu macam dah gelabah sebab tetibe ramai plak yang dtg dan order benda yang same, dan sambil2 die bungkus2 tu, die lupe yang aku datang paling awal, dan paling awal order, dia pun terbagi kat orang lain.

Tapi sebab bulan Ramadhan dan aku pun bukan jenis yang nak melenting ke ape aku diam je la sambil pandang muke akak tu. Skali akak tu ckp “ eh dik, akak terbagi kat orang lain pulak, padahal adik yang order dulu, sorry ye dik.. “
Hurmm.. aku tak marah, tapi aku terfikir.

Masa zaman2 kolej dulu aku belajar agama islam topik Adil. Adil ni maksudnya meletakkan sesuatu pada tempatnya. Selagi kau letakkan ‘sesuatu’ tu kena pada tempatnya maka kau adalah seorang yang adil. Dalam kehidupan kita ni, banyak benda kita tidak berlaku adil. Lagi2 dekat diri sendiri dan barang yang kita ada, dan hati yang kita ada.,

So, kalau beniaga warung kecik pon kadang2 kita tak adil dengan pelanggan kita, macamana lelaki kahwin 2 tu boleh kata mereka akan berlaku adil? Heh. Kenape bila lelaki yang nak kahwin lain, perempuan yang kene berusaha untuk selamatkan rumah tangga dia? Padahal masa mula2 nak kahwin dulu, lelaki yang sibuk duk datang minang kan?

Ok itu je yang aku nak cakap.. sebab aku emo aku baru beli siaran Cinta Paling Agung kat astro first. hahahah. sape dah tengok citer ni? sakit hati wooo...



Tuesday, June 16, 2015

How Often You Visit Your Parents

assalamualaikum,

its been a while, oh no, its a longgg while.:P

last update seem forever kot. haha.

ok. tajuk atas tu.. dasyat tak? kihkih..

ok. Aku suka travel. dan aku boleh dikatakan berpeluang dan bernasib baik dapat travel.
dan aku selalu lah jengah2 blog-blog traveller ni.
instagram traveller dan banyak lagi.
aku beli buku-buku pasal tempat dan travel log, sebab entah. suka.
nak tahu. dan selami. dan merasa.
suasana tempat orang.
at least masih di atas bumi. Allah cipta.

No 1.
then, i came across 1 instagram ni.
dan aku sebenarnya rasa seronok mula-mula.
follow dia.
sebab keje dia berjalan sepanjang masa.
dan dia ada impian, nak laksanakan impian dia tu, untuk keliling 196 negara dalam dunia ni.
dan setiap kali dia update, dia di tempat orang.
di bumi asing dari Malaysia.


ok., berbalik pada tajuk.
Aku singgah hospital one day.
dan aku jumpa sorang mamat ni.
biasalah orang melaka.
"hawau kau nora, dah la lame tak datang. duduk sini kite berbual kejap."
masa tu hari Khamis.

NO 2
soalan pertama dia " balik kampung tak ni nora, sabtu?"
aku jawab " minggu ni mungkin tak balik."
soalan dia " kenapa kau tak balik? bagi abu sebab kenape ko boleh jawab tak balik?"
aku jawab " sebab minggu lepas dah balik. sekarang dah selang2 sket."
soalan dia " sebab?"
jawab aku " dulu, masa arwah mak meninggal, ayah tinggal sorang, takla sorang, tapi ada abang, lelaki kan jaga, tak sedap hati, jengok tiap2 minggu balik. dulu masa ada arwah mak pon, keje JB pon tiap2 minggu balik. takde boyfrens. heheh. skang ayah dah kahwin baru, Alhamdulillah, dah ade orang jaga, mak muda. so risau tu tak la risau sngat."

dia jawab "
nora, kene balik! last balik minggu lepas kan?cube kira brape hari dari minggu lepas, last jumpa ayah sampai minggu nak balik nanti?"
aku kira. masuk hari ini, campur minggu depan nak balik tu, lebih 10 hari.
dia jawab " ok, lebih 10 hari kan? kalau apa-apa jadi dekat ayah, sebab ayah dah tua, ko tak rasa ralat ke dah 10 hari tak jumpa?
sebab Abu cakap ni, sebab kau dekat dengan kampong, kalau umah ko jauh, abu paham. Abu hari2 balik, sebab umah dekat dengan kampong, setakat 1 2 jam apalah sangat"

aku tanya " minyak?"
abu jawab " duit boleh carik nora. mak bapak mane nak carik?"

huhuhu.. kene penampar!
aku baru tak balik 1 minggu, dah kene lecture. betul jugak. umah dekat kot. sampai hong kong pon kau boleh pegi, spend rm2000 sorang2. takkan jengok ayah seminggu sekali minyak rm100 sekali balik, pegi balik, tiap2 minggu takkan tak larat kot?apalah sangat kan RM100 dibandingkan kau makan Tony Romas tiap2 minggu mau RM150 hengget.

ok Balik ke No 1.
di sebabkan kisah no 2, aku terpanggil untuk mengira semula kejadian no 1.




 kau berjalan lah, 196 negara pon,
kalau mak bapak ko masih ada,
nampak nye setahun sekali je la kau jengok kan?
sebab sibuk nak memenuhi impian kau yang tak seberapa tu.
huhuhu.

aku terfikir,
tak balik jengok mak bapak ke?
tak teringin ke nak bawak mak bapak plak pegi berjalan.
kok ye pun tak mampu nak bawak semua. tapi kurang2 ada la jugak 2 3 tempat dah target nak pegi.

eh macam2 aku pk. haha
ade orang lain-lain.
ade orang kemampuan pon lain2.

tapi....
cubakan diri, tekadkan diri.
untuk kumpul duit supaya boleh balik kampung, at least sebulan sekali.
lagi2 kalau mak bapak dah tua2 kan.
sebab sekali kau hilang, takleh dapat balik dah.

hurm.
buat aku terfikir juga,
ada sorang kawan ni, pernah cerita dekat aku.
disebab kan umah parents dengan umah dia sejengkal je.
die jarang singgah. kalau singgah sekejap je.
jengok2, tengahari gitu dah balik umah semula.

macam2 ragam kan?

saje share sebab aku rasa apa yang Abu cakap dalam No 2 adalah betul, dan aku tak heran sangat yang NO 1 tu.

Sunday, April 19, 2015

threat·en·ing



threat me,
punch me in the face,
scold me.
do whatever u want to.

but dont u dare touch my family, bullshit!

i glad that im already over with .....

no harsh words,

owh,
do you know that when u really dont like someone,
u actually just can add them to the 'spam number' in your phone?

so all the massages and call will directly go to spam,
and not appear on the screen.

im so glad it exist and kudos to who ever invented it.

the point is,
i really donno where i put 'not really mine' handphone charger and earphone.
lol.

and im a really hard-decision-making-person,
i run to one another handphone shop this few days,
i donno what to buy! urgh.,.

and off coz within budget,
after all, im not 'anak jutawan' and my father dont run 'million of dollars' a day.
lol.

and i think if im a 'multi millionaire daughter',
i just got married sooner to someone, well, same level with me. bhahahah.

maybe i should buy another samsung and give the new earphone and charger to the real owner of my note 3.

hurm.,
just think of it.

Thursday, April 16, 2015

Sorry Seems To Be The Hardest Word


assalamualaikum,

im sorry i posted something rude previously,
which i consult myself back, that 'DONT SAY ANYTHING WHEN U'RE ANGRY!"

im the one with bad mouth,
but as far as im concern, i keep it clean everytime i speak to people,
who actually i love/care/donno/ not familiar with.

but when somebody is really crossed the line,
i just cant handle it,
and whether u like it or not,
the truth is, ure 'childish' side of u will came out sometimes, everytime u get angry.

let me take u back 7 years ago.
i went out dating with my boyfriend (that time he is my boyfriend.hehe)
and we decided to watch a movie call " Dunia Baru The Movie'
heheh.

but that time, ada 1 lagi movie tajuk 'jumper'.
owh man, my bf seriously not the one who layan cerita melayu ok!
and ive been following Dunia Baru series at tv since day one.
mestilah nak tengok!!!

so, masa pergi tu, tetiba time kitorang nak beli tiket tu,
masa tayangan tak kene,
and believed me, my bf ni jenis tak suka tunggu,
and tak suka ade dekat shopping complex lame2.
so, dia mcm bersungut2 la,
nanti kalau beli tiket yang belah petang tu nak buat ape je tunggu lame2.
baiklah tengok filem lain.
and masa tu betul2 tayangan filem 'jumper' tu.
baik plak lepas je tayangan filem jumper tu abis, sambung dunia baru the movie tu.

tapi bila dah i pon tarik muka sebab i nak tengok dunia baru, bf nak tengok jumper.
lepas tu dia tersebut benda bodoh time marah2 tu mcm ni " hish, fuck betullah, benda gini pon nak gadoh. macam bodoh tau tak?"
direct to my face,...

i terus nangis..serius nangis!!!

and my bf tu tunggu je kat luar toilet lama jugak sbnrnye,
i duduk dalam toilet nangis.

bila klua,
dia suruh duduk sebelah dia, dan tanye " kenape bby nangis, sebab tak dapat tengok movie??"

dan aku jawab " takkkk. sebab bo0 mencarot dan cakap kesat"

hahahah.
ok.serious. aku pantang sangat2 orang ckp kesat2 ni, lagi2 pasangan.

kau nak bergadoh ke, taknak bawah aku tengok wayang ke.
nak tinggalkan aku tengah2 jalan ke.
i really dont care,

but, DONT U EVER SAY HARSH WORD TO ME!

benda tu je kau buat,
hati aku dah hancur dah.
serius hancur.

bayangkan,
how come,
orang yang kau sayang, kau suke, kau cinta, yang kau nak jadikan pasangan seumur hidup.
bila kau marah2, kau keluarkan kata2 kesat dekat dia.

'babi, kimak, bodoh, perempuan murah, sundal, "

weh,

kau ingat kau bercinta dengan monyet ke?

kau bercinta dengan bakal ibu pada anak2 kau,
pompuan yang kau sumpah seranah ni la yang kangkangkan kaki dia keluarkan badan anak2 kau dari faraj dia.

pompuan macam ni ke kau maki hamun?

come on, kau tak layak jadi manusia kot kalau mcm tu!

hurm.

im sad. coz no matter how much u say i love u,

such harsh word easily 'split out of your mouth"

easily babe, easily.

im soooo sad.




And speak good to people [al-Baqarah 2:83]






My Fav Month!!


May is coming!!!

soon enough.

will start everything new.

new strategies, new concept, new perspective,

new me, and new you perhaps!

no going to take any granted to anyone, except focusing on myself only.

hopefully something goodddd is about to happened on may!

yay!

insyaAllah.

Always pray for the best,

well, Allah sebaik-baik pengampun.


Wednesday, April 15, 2015

Bitch





it's sad when u have to return back what "claimed" to be not yours. 

i dont no why it is not mine basicly,hahah.
just because he refuse to take the money, and now he claim this is all his.
lol.

its ok.

i mmg laknat la sape2 yang ambil my phone during my batam trip.
ambil my purse, my phone and my tab.

sumpah, cariklah saya sampai mati, saya tak maafkan.

because that theft, i terjebak dengan semua ni.
and i dont understand y this so call rubbish agreement exist,

dan bagi ambil balik.
buruk siku.

ni la bodohnya kalau bercinta dengan orang tak matang.
haish.




jangan dia suh pulangkan makanan yang konon2 dia belanja dah la.. puas plak aku nak menjolok tekak ni ha nak kluakan balik.

takkan nak bagi taik plak kan?


Friday, April 10, 2015

Perempuan Jalang



Panggil aku sundal,
Panggil aku kimak,
Panggil aku perempuan muraH,

Perkataan pelacor keluar,
Bodoh, babi.

Layak ke jadi suami aku?
Layak ke jadi bapa pada anak2 aku?

Aku mmg bukan perempuan baik,
Tapi seumur hidup matang aku,
Aku tak penah kluakan kata-kata kesat dekat bakal pasangan aku.

inikan plak nak samakan dia dwngan binatang atau jigolo.

Tidak sama sekali. Dan aku rasa aku layak dapat yang setimpal.

The Scariest Part Is Letting Go



All of the lights land on you
The rest of the world fades from view
And all of the love I see
Please please say you feel it too
And all of the noise I hear inside
Restless and loud, unspoken and wild
And all that you need to say
To make it all go away
It's that you feel the same way too
And I know
The scariest part is letting go
'Cause love is a ghost you can't control
I promise you the truth can't hurt us now
So let the words slip out of your mouth
And all of the steps that led me to you
And all of the hell I had you walk through
But I wouldn't trade a day for the chance to say
My love, I'm in love with you
And I know
The scariest part is letting go
'Cause love is a ghost you can't control
I promise you the truth can't hurt us now
So let the words slip out of your mouth
I know that we're both afraid
We both made the same mistakes
An open heart is an open wound to you
And in the wind there's a heavy choice
Love has a quiet voice
Still you mind, now I'm yours to choose
And I know
The scariest part is letting go
Let my love be the light that guides you home
And I know
The scariest part is letting go
'Cause love is a ghost you can't control
I promise you the truth can't hurt us now
So let the words slip out of your mouth


* i dont feel it anymore. :'( 
i feel bad, but i donno! 
its missing. somewhere. for sure not in my heart anymore. 

y? 

Wednesday, April 1, 2015

Working Hard for?


im now working hard, i mean ive already working hard. hahaha.

im saving now, for this.


chanel espadrilles! haha. i really want to reward myself with this! well, i do hope they come out again with this canvas design, or else, i have to invest more on the leather one, which cost me around rm3000., huhuhu (reason y: i want to use my own money, not bf, not husband(if), and not parents.) 



secondly!!! nice comfy, hotel style bedroom..! agagaga. ive been working for this quite long actually, i go to one to another furniture showroom but i just cant find  the 'close to my heart' bed. hehehe. well, i just bought a comfy hotel-style duvet and bedsheet with 1000 thread as they guaranty. hopefully not exceed jun. 




hopefully i can manage to buy all this before i fly to indonesia by May. aminnnn...  pray for me guys!

so, how about you? what are you working for now??

trip to london? heheh


Sunday, March 29, 2015

I Dont Do Spares

assalamualaikum,

hye there, how you've been so far? good?

2 hari lepas aku lawat kawan lama,
kawan lama yang sorang sebaya mak-mak,
yang seorang lagi sama umur, baru bersalin.

hai Naufal!
sedap nama..:)

i love it when everytime we met, the environment didnt changed,.
always warm, always rapat, borak macam dah lama kenal,
padahal dah 2 tahun tak jumpa, sejak 6 tahun kami kenal.
yes, things changed.

but hopefully we are not!

so, soalan pertama yang keluar ialah.
" nora bila lagi?"
hurm.. its hard lately to answer that,
coz i really want to get married,
every single time i watched love movie, or saw married couple together,
it hit me hard. i want that, i want to have a family to0!

being wise, my answer would be " saya niat nak jaga ayah dulu, selagi ada"
and 'ibu', gaya ustazah dia cakap

" nora! tukar niat! jangan niat macam tu, ubah niat nak kahwin, jodoh bila2 boleh sampai, tapi dalam masa sama mesti jaga ayah"

ok. point taken.

and kawan sebaya tanye
" what when wrong, this time?"

saya kata, tiada apa yang tidak kene, cuma bila kami nak menuju kearah tu, selalunya ada halangan.
nak jumpa parent officially pon tak kene tarikh, tak ade movement ape2.

huhu.

and she ask, " takde spare?"

hah!
i dont do spare. no. i dont.
i can if i want, but i dont want.

huhu..
jodoh itu rahsia Allah.
Dan Allah satu2 nya tempat meminta pertolongan.

kan?

i believe Allah has better plan for me, siapa pon jodoh saya, jika Allah kata dia jodoh saya, maka dialah jodoh saya. Kerana Dia tahu apa yang terbaik untuk saya.

you just have to ask.

#meetmySiva

Saturday, March 21, 2015

Love By The Book


love by the book, 2015.
a hallmark movie.





i easily get attached by the love story, like really!
i think that all the love story is special, romantic on its own way, and touch my heart every single time.

im kind of girl who love romantic action but hate the cliche and mere words. i am realistic person, a person who will not believe in anything you say until its proven. hehe.

which i do know that i am a 'left' person, discover that during my grooming session last month, when one of the motivator, ask us to draw a potrait of our mother and figure out that, you can know that person personality by the way she/he draw pictures. maybe you can google about the right person character, and a left person character later, ok?


ok, back to that story.

do you have a dream guys?
when i was young ( i mean little),

i have a book call ' blue book',
which i paste all my collective things inside it, and poem that written by myself.
one of the chapter in that book is my 'impian comel nora'
unfortunately, if u read it, it is not so comel, it turn out to be 'expensive dream of me'

hahhaa.
coz i dream to bring my entire family to feel the snow season,
i dream to have a kapal layar.
i dream to take tour around my hometown by a helicopter! hahah
i dream to have my own icecream shop.
and etc.

well,
i just realized that i didnt write anything about my dream man.
i do have some listing character,
and its change every single time. hehehe.
i do love romantic person, which i think the nicest person ever on earth.

but after i watched this movie call " love by the book" in youtube,
i just realize that a romantic man is boring!
coz he base on what he love, and all those romantic thingy is so cliche.
hewhew.

i wish i can have a great relationship, with no single doubt in my heart about the person i love.
hurm..its pretty hard, isnt it?

how about yours? do your partner romantic?




Tuesday, February 24, 2015

Reduce The RISK, Woman!

salam,

ini bukan nak cerita pasal risiko cancer payu dara, bukan ok!

what i mean about reduce the risk adalah risiko keselamatan diri especially woman out there. in this past 2 years, ive been traveling a lot, like a lot. every single week i have to go outstation around malaysia, driving or flying ; alone. and in this past 2 years ive been in more than 4 or 5 country, vacation inside and outside, alone.

i go out early in the morning, sometimes 6am, sometimes 4am to catch my early morning flight. and usually i take night return flight and reach at car park around 12am to 1am. Alhamdulillah, i survived, so far. Thanks Allah for sending an angel guarding me. somehow, i believe it there. :)



but that is not mean that im lacking to take extra precaution for my own safety, sebab malang tak berbau kan? orang kata nak mati kat mane2 boleh mati, but before u say that, and reminder before i say that, i will make sure i had take all precaution that i have to do to protect myself.

bila i dah biasa buat, ia jadi my everyday routine, until now.

what is my everyday safety routine?

1. build a confident in myself. Berani. Percaya.
- Sentiasa dalam keadaan bersedia. i jarang jalan lenggang kangkung. lagi2 dekat carpark, or ground car park, it is a no no to me. laju menonong orang kata. haha..

2. i love heels.
- so i get use to it. i run in my highheels. i practice it. so anything happened, first, i can run with my highheels, then second, high heel will be my first weapon incase anything happened.

3. Lock your car Immediately.
-Sebelum i masuk kereta, i will look around, but buat muka tak cuak. haha. masuk, dan terus tutup pintu dan kunci. my car is autolock, and selalunya autolock berlaku bila u dah masukkan kunci dalam palam pencucuh kan? but no to me, i masuk je kereta, i terus lock dulu, manually, lepas tu baru i letak beg dekat sebelah, dan masukkan kunci. ive been practicing it 4 years now, since i bought my first car. so dah terbiasa dan rasa annoying gila bila orang masuk kereta i tak cepat2 tutup pintu. heheheh. sebab selalu penjahat akan amik kesempatan mcm tu la bila u lengah2 masuk kereta.

4. Never put my Beg in my Boot (bonet)
- it will delay my time. ia akan memberi masa kepada mana-mana kejadian tidak diingini. kalau travel sorang, atau berdua dengan perempuan, tak payah la letak beg dalam bonet, sebab ia ambil masa, letak je dekat sit belakang. selalunya kalau i travel atau outstation, beg tak besar sangat, plus im a backpackers,

5. Park your car between 2 cars.
- Kalau park kereta lagi2 dekat parking lot, dan u akan tinggalkan kereta kat situ agak lama, dan mungkin sampai malam, i akan selalunya letak kereta between 2 cars dengan harapan kereta 2 2 ni akan ada lagi masa i balik nanti. hahaha. selalunya dah bertukar la keretanya tapi still ada kereta kat sebelah.

6. Get ready with the Ticket dan keys
- sebelum keluar ke parking, atau dari dalam mall/lift, i akan pastikan i dah kluakan tiket parking siap2, dan kunci. pegang. so, when u reach autopay teller, or in front of you car, takde la kau terhegeh2 nak cari kunci segala betul2 depan pintu kete kau.dan la handbeg pompuan ni macam tong sampah. segala benda ade dalam tu. kebetulan aku ni bukanlah orang yang kemas dah teratur. lainlah kau jenis kemas. semua benda teratur dan ade poket sendiri dalam handbeg. tmpt lipstik kat situ, kunci kat situ, tempat tiket kat poket dalam ni, purse sebelah kiri zip. mcm tu.
 pls girl, jangan biasakan. because kau bagi peluang dekat penjenayah untuk mereka ada masa memerhati dan membuat sebarang tindakan. always, always get ready.

so, lepas kau dah buat semua benda ni, atau extra2 care lagi, bila benda dah jadi, takde la kau menuding jari kesane sini, REDHA. itu baru betul qada dan qadar kan. kau dah berusaha untuk jaga keselamatan kau, tapi Allah nak uji kau. mcam tu.

last but not least, Jangan kau ingat kau keluar dengan boyfrens kau kau dah selamat, kau boleh lenggang kangkung, dedahkan pintu kete lame2 segala bagai, melainkan boyfrens kau adalah mamat KINGSMAN terlatih. gitu. hahaha.. penah dengar gadis pon dirompak semasa keluar deting? sebab boyfrens kau pun hegeh2 jugak, tak sempat bukak step orang tu dah pakuk kepala die dengan kayu etc. so, plsss. beware.

sekian.

heheh. I bukannya berani sangat uols, tapi jangan biarkan takot tu menghalang kau buat ape yang kau rasa nak dan perlu, cuma lebih berhati2 ok! i ambil langkah segala pon, still kene rampok jugak dekat indon. selamat i ade tinggalkan kunci spare dan duit sket dalam kereta. kalau tak dah jadi pendatang asing di bumi singapore dah dulu. hahaha.

ok. girllls... ALWAYS TAKE CARE OF YOURSELF, COZ IF U DONT,  WHO ELSE?






Monday, February 16, 2015

Resipi Sambal Hitam Pahang Sedap! #sambalhitampahang

Salam,

nampak tu tajuk?! gila traffic sangat kan? haha.

ok. seperti yang dijanjikan, saya nak share my first attempt buat sambal hitam pahang ni atau sambal hitam belimbing buloh. ok, kite citer sejarah dulu nokk. camne saya tahu kewujudan sambal ni kan.

as far as i can remember, during my first year in Uni, I ni dulu aktif la jugak join aktiviti Uni, so first year masa i 19years old, kami buat satu aktiviti camping ke kampung memang jauh dipendalaman raub pahang. memang dalam ok sebab bas kene berhenti setengah jalan ke, sebab jalan sempit sangat2, jadinya baik sangat orang kampung di Raub Pahang ni angkut kami ni bergilir-gilir (ko bayangkan 1 bas ok!) naik motor masukk ke hujung kampung tapak perkhemahan. Untuk? tujuan asalnya team building dan pertama kali aku dapat tengok bunga Raflesia di situ lah! sungai dia nauzubillah, macam ais yang mengalir. sejuk geletor kate ko! So, orang kampung baikkkk sangat masakkan kami masakan kampung, ada 1 sambal ni warna hitam. pelik la mak nengok nye nakk. rasanya, MasyaAllah, sedapppp gilossss! haaa. sambal hitam ni memang hitam teramat macam kepekatan malam gitu. hahah.

so, maafkan mak nak, kalau uols claim yang sambal hitam pahang bukan lah sebegitu hitamnya, cekelat2 sket warnanya, tapi mak bagitau ko, first time makan, memang le hitam bontot kuali tau! jadinya, ikut selera, dan style memasing la ye dakk?

ok, bahan2 nye nak, untuk permulaan new beginner macam mak. follow resepi mak ni nak, confirm jadi. mak bagi tips lagi ni.

bahan-bahan. (seciput je ko dapat, tp untuk makan sorang boleh la 2 3 hari)
1. Belimbing buluh (idok le mak kire, tapi lebih kurang 15 ke 20 biji)
2. Ikan bilis segengam
3. Bawang besar 1 biji
4. Kicap 2 sudu (jika perlu)
5. garam secukup rasa dan perisa kalau hendak bubuh.
6. cili api segenggam ikut kepedasan tekak mu.

ok. Cara-cara

1. mula-mula, ambil belimbing buloh, buang bontot dengan pangkal die tu, basuh, dan toskan. ketuk sket kalau nak (orang negeri sembilan panggil titik).



2. Rebus belimbing tadi TANPA AIR. haaaa. ni la rahsia dia. rebus tanpa air. jangan kau memandai nak bubuh air ye! so, belimbing ni akan keluarkan sket jus die, masak, balik2 kan sampai die hangit., kering, dan hitam. api kecik ye! jangan kau bukak pulak besar2 konon nak cepat, memang hampas je la kau dapat nanti! take it slowly, cook it lovely! gicuuu.



ok, ade orang kate, hitam tu susah nak tanggal, so ko pakai lah periuk yang taknak pakai dah, ade tu i google siap rebus dalam tin susu anak. hahaha. ok, TIPS saya ialah, gunalah KUALI atau PERIUK MAHAL UOLS yang mahal sket dari kedai ah TOng. macam i, i guna Tefal. kalau guna Tefal, atau periuk lebih kurang same quality, hitam belimbing tu tak lekat lansong dekat kuali dan senang tanggal. seriously!!!

2. sambil tu, bwang, ikan bilis dan cili api tadi korang blender. nak pure lagi, tumbuh. tapi mak malas. so mak blender je, jangan hancur sgt. blend manje2 je.



3. so, tumiskan bahan 2 tadi, yang dah blender sampai naik bau la, then masukkan belimbing tadi (yang kering hangit tu), so, kacau2, masuk garam, masuk aji, sampai dia kering, betul2 kering! so, kalau nak hitam sket lagi ade orang bubuh kicap. so i pun bubuh dalam 2sudu, bila die betul2 kering, memang gelap gelita lah jadinya.





so, proses dia memang agak lama, bertabahlah! tapi hasil dia, SODAP! lagi2 boleh simpan lama, uols buat simpan, hangatkan bila perlu, nanti masa RAMADHAN memang sedap makan masa sahur.


tipikal orang-orang kita kalau pos benda masakan sendiri, mesti nak tulis2 sket " husband i puji sedap sangat boleh beniaga katanya!" haha. so, i ni belum la berhusband lagi, tpi kalau bakal2 mak tu rasa, mau esok juga dia datang meminang.. nampak, nampak! tinggi kan bakul i angkat! haha
ok selamat mencuba! mak dah siap ade yang order. hehehehhee..

Thursday, January 29, 2015

Selingkuh




Dah 2 malam berturut-turut aku mimpi aku yang curang.

Hurmm.

Thursday, January 15, 2015

Its Too Late To apologize





I'm holding on your rope
Got me ten feet off the ground
And I'm hearing what you say
But I just can't make a sound
You tell me that you need me
Then you go and cut me down
But wait...
You tell me that you're sorry
Didn't think I'd turn around and say..

That it's too late to apologize, it's too late
I said it's too late to apologize, it's too late

I'd take another chance, take a fall, take a shot for you
And I need you like a heart needs a beat
(But that's nothing new)
Yeah yeah

I loved you with a fire red, now it's turning blue
And you say
Sorry like the Angel Heaven let me think was you,
But I'm afraid

It's too late to apologize, it's too late
I said it's too late to apologize, it's too late
Woahooo woah

It's too late to apologize, it's too late
I said it's too late to apologize, it's too late
I said it's too late to apologize, yeah
I said it's too late to apologize, yeah

I'm holding on your rope
Got me ten feet off the ground...

Wednesday, January 7, 2015

yes! twenty seven and counting on my first 2015

salam!
hai!

masyaAllah...
ive been ignoring my blog since ever! haha.
ok, to be truth, i just got soooo frustrated because of incident happened during my vaca at Indonesia last year.
all my handphones, and wallet gone!
and worst, they hijack (?? ), hacked my facebook account because i am too dumb not to log out all my account. not only my facebook,, but my instagram to0!

so, i am afraid a lot more pictures (by pictures i mean sexy/ embarrassed pictures) pop up to my account, so i decided not to use my blog again. and here, created a new one!

it is not too late to wish u guys Selamat Tahun Baru. it 2015 man!
how come?!
2014 flying so fast, i think just flip of our eyes, right?
i mean, i did call 2014 as my running year. tahun berlari. hahah.

sekejapnya masa, singkatnya usia, i feel old already! sigh...

so, cliche concept for every new year is, people will asking about your resolution.

for me, i dont have resolution, every year kot!

tahun lepas je azam nak cari jodoh.
ok, mungkin dah jumpe jodoh, cume belum bersatu je jodoh tu. haha.

hurm, ape ye untuk 2015?

forget about a lots of question you will gain for this 2015 celebrations, kenduri or raya, which is "BILA NAK KAHWIN? BILA NAK BERISI?"

i just want to set my target for myself to try to:

1. get better things than what i have in 2014 for my 2015. i mean, maybe house, a new car, a new phones, hahah. well, who knows? someone might send me an Iphone 6 for a gift. lol.

2. my target is to get/buy one new cloth, office outfit for sure, atleast once a month. just one. that's enough for me.

3. grand me a Chanel shoes (fuh,fuh.aminnn...)

4. going to spa. nak kulit cantik! nak kulit cantik!

5. jogging. At least i have a record for 2015 guys! 2014 2kali je jogging kottt.

6. lose weight. YES! lose weight! in 3 month time.

7. starting my own brand. tengok la, ape2 je. at least started a small business than none kan?

8. Travel.. yeahhh... travel! i already have 4 places in my list to visit this year. but somehow, i wish i can go to somewhere unsung places. hurmm... like Brisbane maybe? hehe

9. Jaga Solat. auchhh.. sepatutnya list ni no 1 kan? lol. ye! jaga solat.... 5 waktu tau! kdg2 terlajak laris uols. lagi2 subuh dengan isyak. :(

10. at least have 10k in my bank account at the end of 2015. insyaAllah (ikat perot....)

11. and last but not least, settle my hutang at least for my credit card and my personal (hutang kat kawan2) by the end of May. insyaAllah.

:)

welcome 2015!

here are some hadith for reminder.


Abu Hurayrah (r.a.) the companion of the Prophet narrated;

I heard the Messenger (s.a.w.) say "What would you think if there were a river running by the door of any of you, and he bathed in it five times a day, every day. Would any trace of dirt be left on him?"

The people said: "There would be no trace of dirt on him."

He (s.a.w) then said "This is like the five daily prayers, through which Allah erases sins."

-Saheeh Muslim